sekadar info untuk semua :)
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan
Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
(1) Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,
adalah melakukan suatu kesalahan—
(2) Seseorang yang secara sedar—
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),
adalah melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Mama Alesha dan An-nisa Abriza
-
26 komen[s]:
Thank you for this!
wahhh..
thanks for sharing here... notes!!
berani lagi ke ko nak komen keji2..
bagus2 nie.. nanti atam letak kat blog atam jugak
mmah.. sgt2 BERINFORMASI.. thanks!!
haaaaaaaaaaaa bagus ni puan VP!!!!
bagussss sgttttttttttt bagus!!!
thanks kak vp!!!
saya sukaaaaaaaaa sgt benda ni..
thanks!!
bagus kak. sbg peringatan utk kita dan semua2 yg terasa.
salam peluk cium kt cica
Sabar ada tahapnya. Kalau kutukan, cacian, kritikan itu dituju kepada VP & sy... kami boleh sabar dan tahan. Kerana kami manusia biasa dan punya banyak kelemahan dan dosa... mungkin ada yg terguris hati dgn entry2 kami..
Tapi bila nama arwah anak kami digunakan, dipermain-mainkan... anak yg selama 150 hari kami melihat penderitaannya di ICU, anak yg setiap mlm kami menangis mengenangkan penderitaannya... anak yg VP sendiri mandikan jenazahnya... anak yg sy sendiri solatkan... yg sy sambut di liang lahad.. yg sy buka penutup muka kain kafannya.. yg sy halakan wajahnya di dinding lahad... tiada satu mak bapak dlm dunia ini yg boleh bersabar.
Apa salah anak tu sehingga namanya digunakan untuk mengutuk mak ayahnya sendiri! Apa dosa anak itu sehingga tergamak manusia yg kononnya berakal mencaci maki ibu bapanya???
Bukti telah kami kumpul... IP add telah kami simpan... malahan dari mana si pelaku berada telah kami tahu... nasihat pegawai undang2 telah kami dengar... hanya kata putus untuk buka kertas siasatan saja yg masih kami tangguhkan...
wahh...jom blaja law...
panjang nyerrr..,andak nak kena tag ker..,huhuhu busan jek kena tag nih
niekan kak vp dah attachkan akta klu masih ada yg busuk hati tak taula nak cakap mana lagikan org2 giler nie..bawak byk2 b'sabar k kak...
manusia nie kan memang ada species yg takde perasaan, sabar yer vp, jgn tensen sgt
waa..bagus tu mah....apa nak ditunggu lagi kan...pesalah harus menerima hukuman yang setimpal....klu lepas ni ada lagi komen yang tak sepatutnya...jangan bagi muka lagi mah...teruskan niat tuh...
hehe..
I baru je ajar my students pasal topic computer ethics.. ada lak citer psl Law neh.. =P~
semoga vp n famili tabah menghadapi segalannye..
mama mya
http://www.quefamili.com
setelah saya lihat fotopage arwah..baru saya lebih kenal anak puan...saya simpati atas apa yg puan suami isteri lalui, dan saya ingin memohon maaf, ini juga satu pengajaran pada saya supaya lebih sensitif dengan perasaan org lain, saya juga kalau boleh, ingin memohon maaf pada anak puan ... semoga rohnya lebih tenang ... sebenarnya saya amat sangat berterima kasih kerana tindakan puan dan suami telah, menyedarkan saya.
ini private msg saya, saya rasa ini paling cepat untuk puan baca, kalau e-mail mungkin lambat.
VP, mintak ijin kopipes kat blog tijah okes? mekasih for the info!!!
sgt berinfomasi ni..
anda fikir lah sendiri hehe
syabas kak!! dir sokong sngt2 tindakan akak dn abg tu.. yg salah harus di hukum!!! harap2 lepas ni jangan la si polan tu ngacau lagi
VP, tu dah ada org minta maaf. Terpulang la pada VP & hubby untuk membuat keputusan. In my opinion, he/she/whoever yang bersalah tu perlu la jumpa sendiri dgn VP&hubby. Barulah ada keikhlasan mohon maaf. kalau setakat dlm ni, saper2 pun boleh cakap ye tak?
So VP, it's all up to you&hubby to decide. Take care.
mintak copy paste ye..thanx you..=)
Salam VP...
Akak minta izin ye copy paste AKTA2 ni dlm blog akak...entri terakhir blog akak....
mekaseh yer :)
http://suzanalelawatty.blogspot.com/2011/04/keputusan-muktamadtutup-blog.html
salam..akak syieda nak mintak izin copy Akta ni dalam blog akak.. kredit untuk akak tau?
tqvm..^_^
Nak copy boleh dak??? nak letak dalam blog sy
Post a Comment