Monday, June 19, 2017

Jimba Geng Joget Lambak

Wei... berapa lama dah kita tak jumpa? Jap kira
Rasanya last jumpa awal tahun 2006 sebab melawat kubur arwah Alesha kan.

Fuh 11 tahun

Walaupun dah lama tak jumpa, sembang dalam fb totap macam biasa.
Terima kasih kepada pencipta FB. kalau fb takde rasanya memang langsung tak tahu khabar berita kawan-kawan lama. Saya pulak bukan jenis yang call-call member tanya khabar. Ntah. Tak reti nak call sembang apa hahaha. Blank kepala otak ni. Sesaje sembang memang tak reti. Nak call member ajak jejumpe pun tak reti. Biasa memang dengan family je hidup saya ni. Kalau tak dengan en.Badang ngan anak-anak, mesti dengan adik beradik. Tu je la.

Sampai adik beradik saya cakap... ooo ada kawan rupanya andak ni. HAHAHAHA
Pastu kalau saya ada kawan pun, balik-balik orang yang sama aje la :p
Mesti korang perasan kan.

Ritu kat fb saya buat status yang rindu ngan kawan-kawan sekolah saya


Inila, ija, zira, era dan suhada
Memang ini la yang saya rapat bebetul rapat dulu
Pagi2 gi sekolah sesama
Balik sekolah sesama
Buat BBQ sesama
Main hoki sesama
Study group sesama
Masuk persembahan gojet lambak sesama

Setiap hari ada je plan buat sesama

Setiap pagi saya akan gi rumah zira, pastu saya ngan zira akan pegi rumah ija, suhada dah siap2 tunggu kat simpang (betul tak su, aku igt2 lupa), pastu kitorang jalan kaki sesama gi sekolah. Kita 4 orang duk Kampung Cheras Baru. Erra je duk taman. So tak gi sekolah sesama. Jumpa terus kat kelas je sebab dalam kelas saya duk sebelah era.

Kalau jalan bertiga, zira mesti nak kedudukan kat tengah2 hahahaha. Kalau dia kat tepi, nnt kitorang kena marah sebab lupa HAHAHA. Kelako sungguh. Tengok dalam gambar pun zira kat tengah2 jugak kan kihkihkih. Kitorang ada perangai tersendiri yang masing-masing pun dah tahu sangat. Kejap2 gaduh, kejap2 baik balik, kejap2 gaduh, kejap2 baik. Biasalah dak dak baru nak up.

So bila saya buat status kat fb tu. Ija buat wasap group sebab nak share gambar2 lama gojet lambak. Masa ni la kita tetiba buat plan nak jumpa. Terus jumpa kat PD je.

Saya macam biasala, manja kan
Zira, ija, su datang singgah rumah jemput saya. Saya mana la reti gi sendiri PD tu kekekeke

Dalam kereta je dah bising tergelak-gelak
Walaupun dah 11 tahun tak jumpa
Tapi sembang macam tak pernah ada gap 11 tahun tu pun
Masuk je kereta terus gelak ngilai

Betul-betul rindu zaman dulu

Kerusi belakang - Suhada, kakjeng
Depan - Ija, zira

Zira drive laju wooooooooooo...
Terpaksa iols pakai seatbelt kat belakang
kang ada yang melekat kat cermin depan kang kalau tetiba beliau break HAHAHA

TQ kat tuan rumah kita, era sebab sponser makan tengahari, sponser minum air kelapa. dan tunjuk jalan. Gua nak belanje masuk toilet pun tak dapat sebab zira dah rebut nak bayau. Untung la macam ni hahahaha


Sembang topik apa?
Wei macam-macam topik ada

Topik beranak, topik kekeluargaan, cerita pasal anak, cerita zaman dulu-dulu
Ya ampun rasanya otak saya penat fikirkan nama orang
Bila sebut nama orang je saya terus... ermmm yang mana satu ek HAHAHA
Biasalah dah byk urat putus, 4 kali beranak kata ko (alasan)



Dan yang paling penting
Topik pasal Seqybeauty kekekeke
Saya siap bawak bbcream, lipmatte apa bagai okeh...
Gigih kan



Ada rezeki kita jumpa-jumpa lagi 
Ada rezeki kita cemolot lagi

Harap nanti kita jumpa lagi semuanya masih sama macam dulu
Sesat makmah masih sama
Garang zira masih sama
Selambe ija masih sama
Pendiam su masih sama
Gelak era masih sama

Rindu korang sangat-sangat.




0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^