Sunday, July 02, 2017

#TeamRayaKuning

Raya tahun ni memang pakai hashtag TEAM dimana-mana saje kan

Semua start dari Team.
So saya pun harusla follow uols

#TeamRayaKL
#TeamRayaKuning
#TeamRayaRantau
#TeamRayaNismilan

amboi banyaknya hashtag kan
tapi macam best pulok kekekeke
Ia jadi macam sejenis ketagihankan
pastu fikir nak buat hashtag apa lagi
konon nak hashtag yang rare ler kan

tu yang jadi hashtag #TeamRayaDapur tu konon jadi orang dapur HAHAHA
Ada yang terkeluar bijik mata bila kakjeng pakai hashtag tu kahkahkah
Memang susah sangat nak percaya kan. Tapi percayalah
Ini betul-betul ni HAHAHA

FamilyHasmah kali ni temanya kuning
Memang hazab mencari baju raya kuning uols
Siapa sama tema ngan saya konfem faham perasaanku ini kan
Kebanyakannya takde pun jual baju kaler kuning
Yang banyak kaler gold, mustard macam tu
Kuning yang ada pun lebih kepada kuning cair atau pun cream.
Kuning diraja? memang takde.
Sampai ke sudah saya tak jumpa okeh
Sakittttttttttttttttt hati kita ni.

Masa bulan puasa tu ada la singgah jovian kat bangi sana
jumpa la baju kurung kaler cream. Bantai je la. Beli je untuk bekap dulu
Misal kata tak jumpa sampai ke sudah so pakai je la cream tu pun
Mampuih lantok sana walaupun bakal dikecam oleh keluarga HAHA

Pastu 3 hari sebelum raya ni jenjalan sekali lagi kat bangi.
Gambel je la.
Tergerak hati nak masuk butik Sofia Ellen. Ini sebenarnya butik jual telekong + keperluan umrah. Ritu masa gi umrah saya ada singgah beli baju2 kat sini. So saje la menerai. Sekali terjeling pulak baju kurung Sarra light yellow ni. Tanya saiz terus beli je.

Simple je kan baju nya. Baju kosong je, kain je ada langsir sikit kekekekeke. Memang fesyen langsir agaknya tahun ni. Kemana2 ajer baju bertingkat sesaje. Terpaksa redhoooooo.

Shawl pulak memang kebetulan sangat masa nak balik tu terlalu sebelah butik TudungPeople
Saya masuk je dalam, nampak shawl depan sekali, terus amik kekeke
Kena laju-laju sebab en.laloque tunggu dalam kereta dengan anak-anak. Takde parking.
Shawl SIMPOR NOBLE (Square Scarf). Ini pun dah sampai rumah baru sedar shawl ni square kekeke. Alahai kassssimmmmm... bantai saje la.

OOTD pagi raya. Sopan tak kakjeng korang ni. Harus OOTD sebelah banner kuning gak kekeke.
Tak, sebenarnya saya tak pakai shawl ni macam ni
Saya pakai shawl square ni macam shawl lilit biasa gak.
Ini kekdahnya malas nak lilit lepas zohor hihihi.

Anak-anak saya dapat kaler ni je ada. Erm bantai saje lah.

Paling sempoi laki den ler.
Pakai baju raya beberapa tahun yang lepas je
Kebetulan tema kuning gak kan baju melayunya.
Senang takyah pening fikir. Jimat duit den hahaha

Alhamdulilah semua ada kali ni. Takde yang takde. Semua ada. Happy sangat rasa. Semua berebut nak duk depan. Sepet paling pertama cop bersila kat depan sekali. Akhirnya muka kena kaver ngan songkok HAHAHA. 

Beria-ria kakjeng kena marah dengan ceera dalam wasap group sebelum raya sebab beli baju raya kaler cream... sekali tengok baju raya beliau warna hijau pucuk pisang HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Teruk ceera kena kejam HAHAHA.

Rasanya tahun ni yang lain dari tahun-tahun lain adalah kitorang janji berkumpul kat rumah mak kul 2 petang. Sebab biasanya pepagi dah janji2 dah. Walaupun takde la pagi sangat. Macam kul 11 lebih macam tu la

Cumanya, bila usia dah meningkat ni, anak-anak pulak dah membesar dan besar daripada makpak. So memasing pun nak beraya rumah sendiri dulu. Nak salam-salam beraya cemolot mak ayah dulu kat rumah sendiri pastu baru berkumpul rumah opah. Betul jugak dan saya setuju.

Walaupun anak-anak saya idok ler besar lagi.
Tapinya sebab saya lah beradik yang paling jauh sekali nun di seremban yang biasanya paling terkejar2 nak balik cheras dari rantau. So bila janji berkumpul kul 2 tu saya dapat la relax2 sikit.

Susah nak menang kalau bergambar dengan emak kan. Emak nampak muda je dari iols. HAHA.

 Dengan boifren dari bayi lagi

Ini la keje kitorang sementara menunggu semua lengkap

Share ini je la. Kalau share semua gambar raya, ada yang blog ni jadi 85 muka surat kang


 Ehem kasut raya di sponser oleh en. suami... hush puppies yang sedap giler pakainya. Dia belikan kasut raya, tp belum start raya saya dah pakai dah sebab sedap sangat. lembut.




Geng perempuan 


 Geng Lelaki

Dan gambar last sekali disudahi dengan dialog aira

"MALUNYA AKU ADA MAK SEDARA MACAM NI"

HAHAHAHAHAHA
sampai hati aira tau HAHAHA



0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^